MELAKA: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggang merempuh bahagian hadapan sebuah kereta di Jalan Bukit Katil berdekatan Masjid Saidina Ali di sini, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Zulhilmi Razali, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah…