Johor disaran bincang dengan MKN isu buka sempadan - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Johor disaran bincang dengan MKN isu buka sempadan – Hishammuddin

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kerajaan Johor membawa isu pembukaan sempadan dengan Singapura kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Saranan tersebut ujar Menteri Luar itu, disebabkan skim ketiga yang dikenali sebagai Daily Commuting Arrangement (DCA) tidak terletak di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Sehubungan itu, kenyataan Menteri Besar Johor yang mahu menilai semula prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan melibatkan DCA perlu dirujuk kepada pihak tersebut.

“Saya ambil maklum kenyataan beliau, namun penting untuk saya nyatakan, keputusan muktamad bukan kuasa Kementerian Luar. Ini berkait rapat soal keselamatan dan kesihatan.

“Justeru, memandangkan kerajaan Johor menyatakan telah bersedia untuk melaksanakan DCA, mereka perlu membentangkan perancangan mereka secara terperinci kepada MKN.

“Juga kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta membincangkannya dengan Kementerian Kesihatan,” jelas Hishammuddin menerusi satu kenyataan.

Beliau menambah, hanya apabila MKN, JIM dan Kementerian Kesihatan sebulat suara memutuskan agar DCA boleh dilaksanakan, barulah Wisma Putra memainkan peranan berunding dengan Singapura.

Menyentuh cadangan Kerajaan Johor agar tempoh kuarantin tujuh hari bagi rakyat Malaysia pulang ke tanah air, beliau mengajukan cadangan tersebut kepada KKM untuk pertimbangan.

Isu itu ujar Hishammuddin, melibatkan rakyat negara ini bukan di bawah kategori Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) untuk berada di rumah masing-masing atau pusat kuarantin.

“Sekali lagi saya tegaskan, Kementerian Luar bukan pihak yang boleh buat keputusan. Saya menasihatkan kerajaan negeri berbincang terus dengan KKM berhubung isu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya