Air mata remaja bunuh kawan bergenang ketika direman - Utusan Malaysia

Air mata remaja bunuh kawan bergenang ketika direman

REMAJA perempuan berusia 19 tahun direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Marang di Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Nor Surya Ismail.- UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Air mata seorang remaja perempuan bergenang ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Nor Surya Ismail, 19, di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong di Hulu Terengganu kelmarin.

Remaja berusia 19 tahun yang merupakan rakan baik Allahyarham itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan kes tersebut. 

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.10 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan tudung hijau. 

Remaja itu hanya menundukkan wajahnya ketika keluar daripada kenderaan polis, bagaimanapun matanya mula bergenang sebaik sahaja masuk ke mahkamah.

Selepas kira-kira 40 minit, suspek yang keluar dari mahkamah masih kekal tunduk di samping matanya yang berair hingga masuk ke kenderaan polis. 

Remaja yang tinggal hampir dua kilometer dari kediaman Siti Nor Surya itu ditahan kira-kira pukul 8.15 pagi di Balai Polis Telemong di Hulu Terengganu semasa tampil memberikan keterangan, semalam. 

Suspek dikatakan hadir ke balai polis pada pukul 7.30 pagi dengan ditemani ibunya bagi memberi keterangan, namun ditahan susulan hasil keterangan yang mencurigakan di samping terdapat beberapa kesan kecederaan pada tangan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Siti Nor Surya ditemukan mati tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya putus di samping kesan kecederaan lain di muka dan badan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.