500 kekuatan digerakkan untuk jaga sempadan Malaysia-Thailand

500 kekuatan digerakkan untuk jaga sempadan Malaysia-Thailand

ANGGOTA PGA menggunakan kenderaan berperisai dalam tugasan rondaan bagi mempertingkat dan memperketatkan kawalan di sempadan negara di Padang Besar, Perlis. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dengan mengerakkan kira-kira 500 kekuatan anggota daripada pelbagai unit bagi mempertahankan sempadan negara dari diceroboh.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, selain 314 kekuatan daripada Batalion 3 sedia ada yang melakukan kawalan, pihaknya turut menggerakkan unit berkuda melibatkan empat ekor kuda, unit udara, unit kereta perisai sebanyak tiga unit dan mendapat bantuan dari anggota 69 Komando (VAT69).

Katanya, PGA turut menggerakkan unit elitnya, Tiger Platoon dari Batalion 1 yang dijangka tiba di Perlis pada hari ini untuk membuat rondaan pembersihan di lokasi kejadian tembakan yang mengorbankan seorang anggotanya berhampiran pos TS9 kelmarin.

“Tiger Platoon ini akan memulakan tugas mereka hari ini untuk membuat pembersihan di kawasan kejadian sehingga esok. Di samping itu, satu lagi pasukan persenjataan juga akan akan tiba hari ini untuk mengesan senjata di kawasan terbabit.

“Kawasan liputan kawalan kami meliputi keluasan kira-kira 106 kilometer iaitu sepanjang Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Bukit Batu Putih, Kuala Perlis. Saya juga telah mengarahkan anggota yang membuat pemeriksaan untuk tidak berseorangan dan sentiasa bersama rakan seperjuang mereka.

“Operasi bersepadu ini adalah sehingga 27 November dan mungkin diteruskan jika mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pemberita di pos PB11 dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi kelmarin, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya cedera dalam pertempuran dengan 13 penyeludup kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9.

Dalam pada itu, Abdul Ghani memberitahu, cubaan untuk menyeludup ketum didapati masih berlaku walaupun kawalan ketat dilakukan pihaknya di sekitar sempadan.

Menurutnya, pergerakan penyeludup di sebelah negara jiran tidak kelihatan tetapi ada pergerakan daripada dalam negara dikesan yang mana terdapat barang-barang penyeludupan ditinggalkan di lokasi-lokasi tertentu.

“Kita tengok mereka ada tinggalkan barang di tiang-tiang elektrik yang mana nombor tiang elektrik itu menjadi petunjuk kepada ahli sindiket untuk mengambil barang penyeludupan,” ujarnya.

Mengulas mengenai insiden tembakan di Pos M16 di Bukit Kayu Hitam petang semalam, beliau mengesyaki ia adalah sebagai satu tindakan amaran dan dipercayai menggunakan senapang angin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.