108 individu ditahan tidak pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

108 individu ditahan tidak pakai pelitup muka

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesalahan tidak memakai pelitup muka merekodkan kes tertinggi dengan 108 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu sebahagian daripada 289 individu yang turut ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dengan 277 daripadanya dikompaun manakala 11 direman dan seorang dijamin. 

Kata beliau, antara kesalahan lain ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (59), gagal  menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (51), rentas negeri atau daerah PKPB  tanpa kebenaran (38) dan lain-lain kesalahan (33). 

“Task Force Operasi Pematuhan membuat 53,597 pemeriksaan melalui 2,931 Pasukan Pematuhan melibatkan 13,367 anggota. 

“Operasi Benteng juga berjaya menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI), satu penyeludup serta merampas sembilan kenderaan darat melalui 274 sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai lalu,  seramai 70,939 individu pulang ke  tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dari 36 negara dan kesemua telah ditempatkan  di 73 hotel dan 22 institusi lain.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 10,498 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 404  lagi dihantar ke hospital untuk rawatan, selain 60,037 individu dibenarkan  pulang.  

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 662 pemantauan harian ke atas 12  jenis bekalan barangan termasuk peruncit (459), pemborong (171) dan pengilang (32).  

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung  keperluan dalam negara berterusan dan mudah diperoleh. 

“Pegawai penguat kuasa KPDNEHP melakukan 1,143 pemeriksaan khas Pematuhan prosedur operasi standard (SOP)dan mendapati kesemua premis yang diperiksa mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya