Wajib kibar bendera sempena sambutan Hari Keputeraan - Utusan Malaysia

Wajib kibar bendera sempena sambutan Hari Keputeraan

MAJLIS BANDARAYA IPOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pemilik premis yang tidak mengibarkan bendera negeri Perak sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang akan disambut  pada 6 November ini.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan berkata, semua bangunan dan agensi kerajaan, premis perniagaan serta persendirian di bandar raya ini diwajibkan mengibarkan bendera negeri pada tarikh tersebut.

Menurut kenyataan itu, bangunan-bangunan kerajaan dan premis perniagaan juga digalakkan menyalakan lampu di bangunan masing-masing sehingga pukul 12 tengah malam pada malam 5 November. 

“Tindakan kompaun akan diambil oleh pihak MBI terhadap pemilik premis perniagaan tidak mematuhi arahan mengibarkan bendera negeri Perak  di premis masing-masing.

“Ia adalah langkah terakhir yang akan diambil oleh MBI setelah usaha menasihati gagal diikuti oleh pemilik premis perniagaan di bandar raya Ipoh,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, pengibaran bendera negeri Perak juga adalah bagi menceriakan suasana sambutan.

“Pengibaran bendera negeri Perak di premis masing-masing adalah sebagai lambang taat setia kepada Raja  pemerintah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya