fbpx

26 Oktober 2020, 12:09 pm

  TERKINI

UUM tangguh kemasukan penuntut dari Sabah, zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Sabah dan zon merah di negeri lain diminta untuk menangguhkan perjalanan pulang ke kampus universiti itu di Sintok dekat sini.

Penuntut universiti tersebut termasuk pelajar baharu dijadualkan memulakan pengajian mereka pada hujung bulan ini.

Timbalan Naib Canselornya, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, langkah itu diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 di beberapa buah negeri sejak kebelakangan ini.

“Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Universiti hari ini.

“Penangguhan perjalanan tersebut berkuat kuasa serta-merta hingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan berkenaan diambil selaras dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini yang menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan secara bersemuka bagi penuntut dari zon merah.

“Pihak kami prihatin dan amat cakna dengan risiko keselamatan pelajar,” ujarnya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Penginapan Pelajar di talian 04-9284154 atau 04-9284184 serta Pejabat Dekan Hal Ehwal Pelajar UUMdi talian 04-9284010. -UTUSAN

POPULAR