Sekolah keempat di NS murid dikesan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Sekolah keempat di NS murid dikesan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Sekolah Kebangsaan (Felda) Raja Alias 3, Bandar Seri Jempol, dekat sini menjadi sekolah keempat di negeri ini yang dikesan mempunyai murid positif Covid-19.

Sekolah itu diarahkan tutup bermula esok sehingga 31 Oktober ini dan menjadi sekolah terbaharu yang ditutup selepas berlakunya peningkatan jumlah positif Covid-19 di negeri ini.

Pengerusi Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, penutupan sekolah itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman dilakukan.

Menurutnya, guru-guru perlu bekerja dari rumah dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Terdahulu, satu surat rasmi berhubung pemberitahuan penutupan sekolah tular dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak petang tadi ekoran terdapat warga sekolah itu yang didakwa positif Covid-19.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan laporan lanjut berhubung kes positif Covid-19 berkenaan akan menyusul kemudian.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin merupakan sekolah pertama ditutup apabila seorang pelajar tingkatan tiga positif Covid-19, Rabu lalu.

Ini diikuti Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Senawang ditutup pada Khamis apabila 33 pelajarnya didapati positif Covid-19 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Haji Adnan (DUHA) apabila seorang pelajarnya positif Covid-19.

Terbaharu, Kementerian Pendidikan melalui satu kenyataan hari ini mengeluarkan arahan penutupan keseluruhan 177 institusi pendidikan di zon merah Seremban bermula 25 Oktober hingga 9 November ini.

Bermula semalam, Seremban dikenal pasti sebagai zon merah melalui peningkatan kes di mukim Ampangan melalui Kluster Sofi dan terkini di mukim Labu melalui Kluster Kaya dengan jumlah keseluruhan kes di daerah berkenaan sebanyak 179 kes.

Negeri Sembilan hari ini mencatatkan 96 kes baru positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 1,290 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya