Rakyat meluat politik sepanjang masa - Utusan Malaysia

Rakyat meluat politik sepanjang masa

MUHYIDDIN Yassin hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Kepimpinan Masyarakat Parlimen Pagoh, Kompleks Sukan Pagoh, Muar. -UT6USAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH : Rakyat kini sudah meluat dengan sikap pihak tertentu yang gemar berpolitik sepanjang masa khususnya di saat negara berhadapan kesukaran akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa gunanya jika sering berpolitik jika rakyat susah setiap masa memandangkan mereka kini sudah tidak bergaji, tidak makan dan perniagaan juga merosot.

Sehubungan itu, beliau mengambil pendekatan untuk mengelakkan menyentuh soal politik kerana mahu memberi fokus lebih besar kepada negara khususnya membabitkan soal kebajikan rakyat.

“Sekarang kecoh pula dengan hal-hal politik, oleh itu, sejak jadi Perdana Menteri, saya tak nak sentuh hal ini. Kalau saya sentuh, rakyat akan marah kepada saya.

“Rakyat tidak kira siapa jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Ketua Bahagian, yang mereka kisah adalah masalah Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Muhyiddin menambah, beliau bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar melupakan politik seketika dan menumpukan kepada masalah serta soal membela rakyat.

“Apa tujuan politik jika tidak berikan faedah lebih baik dan selesa kepada rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, Muhyiddin membayangkan kesukaran yang bakal berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Batu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam situasi Covid-19.

Katanya, beliau tidak pasti cara yang bakal dilakukan SPR untuk menjalankan kedua-dua pilihan raya itu dalam pandemik itu.

Tambahnya, beliau telah mencadangkan kepada Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh agar kedua-dua pilihan raya itu dengan sekatan tertentu antaranya tidak berkempen ataupun berkempen dengan secara maya.

“Tetapi bagaimana pula apabila berlaku PRN Sarawak, ada ratusan ribu rakyat negeri itu yang berkerja di Semenanjung Malaysia dan mereka akan pulang mengundi.

“Mereka ini datang dari kawasan zon merah yang ada Covid-19. Oleh demikian, siapa akan dapat bagi jaminan bahawa wabak ini dapat dikawal malah lebih lagi pada PRK Batu Sapi masa terdekat ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.