Rakyat bersuara, tahu kesan buruk darurat - Utusan Malaysia

Rakyat bersuara, tahu kesan buruk darurat

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Teknologi maklumat yang canggih hari ini menyebabkan berlaku perubahan dalam masyarakat yang bukan sahaja bermaklumat tetapi bersuara lantaran menyedari kesan buruk jika darurat diisytiharkan.

Pakar perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, ini dapat dilihat ketika spekulasi kerajaan akan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Menurutnya, keadaan sekarang bukan lagi seperti darurat yang diisytihar pada tahun 1964, 1968, 1969 atau 1977. 

“Kini rakyat sudah mempunyai maklumat menerusi teknologi canggih, rakyat tahu kesan buruk darurat dan mereka bangkit dan bersuara.

“Dahulu, keadaan ini sukar untuk berlaku dan kerajaan sengaja membiarkan mereka (rakyat) jahil dan tidak tahu apa-apa.

“Inilah cabaran yang perlu disedari oleh kerajaan dalam era ledakan maklumat,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara untuk memerangi wabak Covid-19 buat masa ini.

Keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya