PKPB tidak dilaksanakan di Johor Bahru - Utusan Malaysia

PKPB tidak dilaksanakan di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  tidak dilaksanakan di Johor Bahru meskipun diisytiharkan sebagai zon merah kerana kerana kebanyakan kes Covid-19 daripada kluster sedia ada hanya tertumpu kepada penularan dalam keluarga dan tempat kerja masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, masyarakat dinasihatkan agar tidak panik dengan situasi tersebut kerana keadaan Covid-19 di  masih lagi terkawal.

Katanya, institusi tempat kerja yang terlibat dengan Covid-19 telah diletakkan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian.

“Adalah dijangka bahawa peningkatan kes dalam masa terdekat ini akan terus berlaku dengan aktiviti pengesanan yang dipertingkatkan.

“Sehubungan itu, semua pihak diharap dapat bertenang dan tidak menimbulkan panik dalam masyarakat dengan menyebarkan maklumat yang kurang tepat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Vidyanantan memaklumkan, terdapat pertambahan sebanyak sembilan kes baharu Covid-19 iaitu empat kes daripada kluster sedia ada manakala lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Meldrum.

Katanya lagi, pengesanan Kluster Meldrum merupakan seorang lelaki berumur 71 tahun yang dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober lalu dan aktiviti pengesanan kontak dan ujian kemudian dijalankan dan mendapati tiga ahli keluarganya dan dua kontak rapat kepada ahli keluarga juga dikesan positif.

“Sehingga semalam, seramai 219 kontak telah dikenal pasti iaitu 138 adalah negatif dan 75 masih lagi menunggu keputusan ujian dengan kluster baharu ini melibatkan tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak. Punca jangkitan masih di dalam siasatan,” katanya.

Menurut Vidyanantan lagi, sehingga semalam terdapat empat kluster aktif di Johor iaitu Kluster Meldrum (enam kes), Kluster Bayu (lapan kes), Kluster Kempas (42 kes) dan Kluster Rinting (10 kes).

“Ini menjadikan kumulatif Covid-19 yang dilaporkan sebanyak 906 kes dengan 21 kematian dan sebanyak 814 kes telah pulih manakala 70 kes lagi yang aktif dan telah pun diasingkan dan diberi rawatan di hospital,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.