Penularan Covid-19 di sekolah rendah, ibu bapa jangan bimbang - Utusan Malaysia

Penularan Covid-19 di sekolah rendah, ibu bapa jangan bimbang

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Masyarakat diingatkan agar jangan bimbang dengan keselamatan murid dan pelajar memandangkan sejarah kes Covid-19 di negeri ini melibatkan warga sekolah adalah rendah.

Peringatan itu dibuat berikutan terdapat ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana bimbang dijangkiti Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, pihak Jabatan Kesihatan negeri akan segera bertindak, menyiasat dan mengawal jika terdapat warga sekolah positif Covid-19.

Malah, katanya, pihak Jabatan Kesihatan negeri juga akan melakukan ujian saringan serta pengesanan Covid-19 terhadap kontak rapat di samping arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Langkah-langkah disinfeksi kawasan yang terlibat serta penutupan kelas juga akan dilakukan bagi memastikan tiada penularan di sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Vidyananthan, pihak sekolah diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar mengekalkan status risiko penularan yang rendah.

Beliau menambah, para ibu bapa juga dinasihatkan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan jabatan kesihatan dengan mematuhi segala arahan kuarantin diberikan agar tidak berlaku penularan di sekolah atau rumah.

“Adalah diharapkan semua pihak dapat bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat yang kurang tepat. 

“Beri kerjasama kepada jabatan berkaitan untuk melakukan tugas mereka tanpa halangan agar tidak menyukarkan mereka melakukan tugas dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau mengulas seorang guru di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Johor Bahru merupakan antara 21 individu yang disahkan dijangkiti virus Covid-19 minggu lalu.

Wanita itu merupakan daripada kluster Bakawali yang sehingga kini mencatatkan 15 kes.

Sehingga semalam, Johor mencatatkan kumulatif 809 kes Covid-19 di mana 49 kes aktif, 739 kes sembuh dan 21 kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya