Beberapa laluan di Klang dinaiki air akibat hujan berterusan

Beberapa laluan di Klang dinaiki air akibat hujan berterusan

Meru banjir kilat
SEBUAH kereta terkandas akibat termasuk ke dalam longkang selepas laluan dekat susur dari Lebuhraya Setia Alam menghala ke Meru dilanda banjir kilat, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa laluan utama di sekitar Klang dilaporkan dinaiki air susulan hujan berterusan sejak kira-kira pukul 9 pagi tadi sehingga menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya.

Antara kawasan terjejas ialah Meru, Jalan Haji Manan, kawasan berhampiran Klang Sentral serta Setia Alam di sempadan Shah Alam-Klang.

Beberapa video yang tular di media sosial turut memaparkan keadaan jalan dinaiki air sehingga mengganggu pergerakan pengguna jalan raya.

Malah, sebuah kenderaan dipercayai tersangkut dalam limpahan air berhampiran laluan dari Setia Alam menuju Klang.

Berdasarkan perkongsian orang awam, terdapat pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik selepas laluan tidak dapat dilalui kenderaan ringan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Orang ramai turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengelakkan laluan terjejas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Siapa yang biasa guna jalan itu kena hati-hati sebab ada longkang berhampiran tembok. Jalan Haji Manan depan kilang Maxter pun air tengah naik,” kata seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, ada penduduk meluahkan kekecewaan apabila kejadian banjir didakwa terus berulang setiap kali hujan walaupun tidak berlaku hujan lebat.

Difahamkan, hujan sejak pagi tadi turut menjejaskan beberapa kawasan lain termasuk Kapar, Pandamaran dan Puncak Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN