Operasi pembersihan dihenti, Pantai Cermin pulih - Utusan Malaysia

Operasi pembersihan dihenti, Pantai Cermin pulih

PENGARAH Bahagian Keselamatan Sekuriti dan Alam Sekitar, Jabatan Laut Malaysia, Mohd. Fairoz Rozali (dua dari kanan) menunjukkan keadaan air laut yang semakin pulih akibat tumpahan sisa minyak di Pantai Cermin, Batu 10, Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kerja-kerja pembersihan Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini dihentikan selepas operasi yang dimulakan sejak enam hari lalu mula menunjukkan perkembangan positif.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Fazlisyah Muslim menjelaskan, keadaan pantai juga dilihat semakin beransur pulih dan bersih menyebabkan pihaknya mengambil keputusan untuk memberhentikan operasi sepenuhnya hari ini.

“Hari ini adalah hari terakhir operasi pembersihan yang melibatkan anggota petugas dari APM serta agensi-agensi lain. Hari terakhir ini, untuk laksanakan kerja-kerja manual dengan menumpukan operasi mengeluarkan pasir yang tercemar dengan tumpahan minyak. 

“Alhamdullilah, pantai semakin bersih dan kini operasi pembersihan telah mencapai 90 peratus selesai. Bagaimanapun, pemantauan bersama Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut akan terus dilakukan di Pantai Cermin ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya