Negeri Sembilan nasihat tangguh program libatkan ramai orang - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan nasihat tangguh program libatkan ramai orang

S. Veerapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua pihak di negeri ini dinasihat tidak menganjurkan sebarang majlis dan program secara besar-besaran susulan peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, langkah tersebut perlu diambil demi menjaga dan mengawal penularan pandemik itu.

“Bagaimanapun, majlis kecil-kecilan kurang daripada 50 orang boleh dijalankan tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengukuran suhu badan, memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan dan mematuhi penjarakan fizikal,” katanya di sini hari ini.

Semalam Negeri Sembilan mencatatkan empat kes baharu positif Covid-19 menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,069. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya