Mangsa terakhir gas karbon monoksida dijangka keluar hospital hari ini - Utusan Malaysia

Mangsa terakhir gas karbon monoksida dijangka keluar hospital hari ini

Nor Aqilah Mohd. Safwan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedi lemas gas karbon monoksida ketika sedang berehat di dalam kenderaan di Permatang Pauh, dekat di sini 16 September lalu dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan keadaannya dilaporkan stabil dan semakin baik selepas menerima rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, Nor Aqilah dijangka dibenarkan pulang ke rumahnya di Taman Ria Mesra, Gurun, Kedah hari ini.

“Hari ini, mangsa ke klinik mata dan pemeriksaan doktor mendapati keadaan mata mangsa sudah baik, tetapi masih perlu mengambil ubat serta mendapatkan rawatan susulan dengan doktor.

“Mangsa juga tidak perlu menjalani fisioterapi kerana keadaannya sudah baik dan boleh berjalan seperti biasa. Insya-Allah, petang ini mangsa akan dibenarkan keluar dari hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian tengah malam 16 September lalu, Nor Aqilah serta kembarnya, Nor Adilah dan dua rakan mereka, Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri yang kesemuanya berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang enjinnya masih hidup.

Mereka yang dalam perjalanan pulang ke Kedah dikatakan berehat di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh selepas menghabiskan masa bercuti di Pulau Jerejak di sini.

Bagaimanapun, Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu manakala Ayunie Shazwanie maut ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini akibat keracunan gas karbon monoksida.

Nor Adilah pula meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya