Kerajaan perlu bertegas laksana penguatkuasaan SOP di zon merah - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu bertegas laksana penguatkuasaan SOP di zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan diminta bertegas dalam melaksanakan penguatkuasaan yang diperketat bagi kawasan merah Covid-19 serta mengenakan kompaun kepada individu ingkar arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, cara itu merupakan vaksin terbaik bagi membendung penularan pandemik berkenaan.

Jelasnya, Perdim melihat usaha kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan wabak Covid-19 adalah berterusan dan komited.

“Cuma, masalahnya negara berdepan dengan situasi rakyat yang masih lagi mengambil mudah dan menganggap usaha membendung wabak berkenaan hanya tanggungjawab kerajaan.

“Mereka lupa, tanggungjawab itu terletak kepada setiap individu di negara ini. Kita jaga kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini sesmalam.

Negara ketika ini sedang berdepan kes positif jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat khususnya di Sabah, Kedah dan Selangor

Sikap tidak bertanggungjawab sama ada pelancong, ahli politik atau ahli perniagaan yang gagal mematuhi SOP dan perintah berkurung antara punca negara berada di kemelut ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shukri berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pendekatan terbaik dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

“Tapi, untuk kembali melaksanakan PKP semula belum sesuai lagi buat masa ini, tapi kerajaan perlu bertegas dalam melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan rakyat patuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN