Keputusan Seri Paduka beri gambaran kredibiliti kerajaan Muhyiddin runtuh - Utusan Malaysia

Keputusan Seri Paduka beri gambaran kredibiliti kerajaan Muhyiddin runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kredibiliti pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah runtuh susulan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangguhkan keputusan berhubung perisytiharan darurat yang dikata dicadangankan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, kalangan Kabinet sepatutnya sedar kedudukan mereka berdasarkan tindakan Seri Paduka yang tidak membuat keputusan serta-merta sebaliknya berkenan mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan tersebut.

“Keputusan Seri Paduka menunjukkan kredibiliti Kabinet Muhyiddin sudah runtuh. 

“Permintaan kerajaan PN tidak diperkenan Seri Paduka barangkali kerana terdapat pertimbangan besar yang perlu diambil jadi akan dibawa kepada ke Majlis Raja-raja,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang selepas Kabinet dikatakan bersetuju pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Menurut Azan, keputusan Seri Paduka dalam masa sama memberi kelegaan besar kepada rakyat kerana ramai yang tertekan dan keliru dengan spekulasi darurat itu.

“Saya mewakili rakyat merasa lega kerana Seri Paduka melihat dari sudut berlainan bukan semata-mata mengiyakan permintaan kerajaan tetapi melihat faktor lain iaitu rakyat.

“Pertimbangan Yang di-Pertuan Agong membuatkan rakyat terharu sekali gus mencerminkan sikap raja berjiwa rakyat yang bimbang dengan kesulitan yang bakal ditanggung rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.