Johor tawar destinasi eco pelancongan menarik - Utusan Malaysia

Johor tawar destinasi eco pelancongan menarik

SALIM Aman (tengah) hadir ke program tamat Latihan Mencari dan Menyelamat (SAR) dalam Hutan Simpanan Kekal di Taman Eco Rimba Gunung Belumut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Johor mempunyai banyak destinasi eko pelancongan hutan yang sekali gus berupaya merancakkan semula industri pelancongan tempatan pasca Covid-19.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Datuk Salim Aman berkata, oleh itu pihaknya kini sedang mempergiatkan usaha mempromosikan eko pelancongan Hutan Simpanan Kekal di negeri ini yang menawarkan pelbagai tarikan menakjubkan.

Katanya, antara tarikan tersebut adalah kawasan denai, puncak, sungai, jeram, air terjun dan pemandangan puncak.

“Pengalaman eko pelancongan dalam kawasan hutan negeri ini boleh dilakukan dengan mengunjungi kawasan seperti Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri dan aktiviti pengembaraan hutan.

“Usaha jabatan ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri Johor yang mahu menggalakkan pelancongan domestik di samping mempromosikan destinasi tempatan yang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Tamat Latihan Mencari dan Menyelamat (SAR) Hutan Simpanan Kekal Taman Eco Rimba Gunung Belumut di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  (JBPM) Johor, Ahmad Murad Saat.

Sementara itu, Salim memaklumkan program lathan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan SAR dalam hutan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Johor dengan kerjasama JBPM Johor.

Katanya lagi, mereka telah didedahkan pengetahuan, pendedahan, persiapan dan latihan misi menyelamat mangsa.

“Objektif lain termasuk melatih kakitangan jabatan sebagai ‘first responder’ dalam mengendalikan kes kecemasan di kawasan hutan,” katanya.

Seramai 29 pegawai dan anggota Jabatan Perhutanan terlibat dalam latihan itu yang dikendalikan oleh 25 pegawai dan anggota JBPM Johor dan membabitkan sebuah helikopter Agusta AW139 milik JBPM.

Dalam pada itu, Ahmad Murad berkata, latihan itu juga sebagai serampang dua mata pihaknya sebagai persediaan dan persiapan bomba menghadapi musim tengkujuh.

“Unit Udara Bomba JBPM juga melakukan tinjauan udara dan Insya Allah kami bersedia menghadapi musim tengkujuh pada hujung tahun ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya