Johor kekal destinasi tarikan pelabur asing - Utusan Malaysia

Johor kekal destinasi tarikan pelabur asing

MOHD. Izhar Ahmad (tengah) berbual dengan Peneroka Felda Air Tawar 5, Saodah Sudi (dua dari kiri) yang meraih Anugerah Tokoh Koperasi Terbaik sambil disaksikan Pengerusi KPMNJ, Ahmad Daud (kanan) dalam Majlis Mesyurarat Agong Perwakilan KPMNJ Berhad Kali Ke-25 di KSL Hotel dan Resort Johor Bahru hari ini. - FOTO/BAAZALAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor masih menjadi destinasi pilihan pelabur antarabangsa walaupun negara sedang berdepan peningkatan kes pandemik Covid-19 serta pergolakan politik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Izhar Ahmad berkata, perkara itu dibuktikan dengan beberapa pihak masih menunjukkan minat untuk terus melabur di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, ketika ini semua pihak terlibat sedang menunggu kelonggaran polisi melibatkan pembukaan sempadan antarabangsa.

“Kira-kira 10 pelabur asing yang menunjukkan minat untuk menyambung projek mereka di negeri ini masih kekal dengan ‘status quo’ masing-masing, walaupun dalam situasi Covid-19 dan suasana politik semasa.

“Namun kita sedang menunggu pembukaan sempadan kerana perkara ini memerlukan pertemuan secara empat mata serta adanya interaksi membabitkan dokumen dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) Berhad di sini hari ini.

Tambah Mohd. Izhar, pelaburan asing berkenaan membabitkan beberapa syarikat daripada tiga buah negara iaitu Singapura, Indonesia dan China.

“Pelaburan ini bukan sahaja melibatkan pelaburan sedia ada yang kekal disambung, tetapi turut melibatkan pelaburan baharu khususnya dalam sektor pembuatan dan teknologi.

“Ini merupakan satu perkara positif kerana pelaburan asing akan turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Namun ketika ini kita masih belum mempunyai anggaran kekosongan kerja kerana perlu menilai saiz pelaburan dan sektor diceburi terlebih dahulu.

“Namun kita akan pastikan rakyat tempatan diberi keutamaan bukan sahaja dalam peluang pekerjaan tetapi juga bagi menjawat jawatan berkepentingan. Itu sasaran kita,” ujarnya.

Bulan lalu, Mohd. Izhar memaklumkan kira-kira 10 pelabur asing menyatakan persetujuan untuk menyambung semula projek mereka di negeri ini khususnya di kawasan Wilayah Iskandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya