Jangan jadikan ROS alat kerajaan bermotif politik - Utusan Malaysia

Jangan jadikan ROS alat kerajaan bermotif politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bersikap professional dengan tidak menjadikan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai ‘alat kerajaan’ yang bermotifkan politik. 

Ia berikutan ROS sehingga kini masih lagi tidak memberi kelulusan kepada Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) sebagai sebuah parti yang berdaftar. 

Meluahkan rasa kecewa, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, seharusnya ia diselesaikan segera dengan tidak mengambil masa sehingga tiga bulan untuk membuat semakan dan penelitian.

“Saya amat terkejut setelah hampir tiga bulan permohonan pendaftaran Pejuang masih belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan dalam sistem eROSES.

 Saya tidak dapat bersetuju sepenuhnya dengan alasan ROS, yang mendakwa Jawatankuasa Penaja Pejuang tidak melakukan semakan pada setiap permohonan yang dikemukakan terutama dokumentasi yang penting seperti perlembagaan parti, ” katanya dalam satu kenyataan. 

Katanya, beliau setiap hari mengikuti perkembangan kerana ingin menyertai Pejuang sebaik sahaja ia didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah oleh ROS. 

Saya merasakan wujud unsur pilih kasih ekoran pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang diluluskan oleh jabatan itu dengan kadar segera dalam proses yang amat meragukan.

“Saya juga meminta agar Menteri KDN lebih profesional dalam menjalankan tugas. Beliau perlu Menyelesaikan masalah di bawah kementerian beliau bagi menjaga integriti kementerian itu sendiri,” katanya lagi. 

Beliau dalam masa yang sama turut berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara berhemah dan memberi kelulusan seperti yang dilakukan kepada parti Bersatu.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya