Covid-19: Jumlah sebenar kes positif belum diketahui - Utusan Malaysia

Covid-19: Jumlah sebenar kes positif belum diketahui

TINJAUAN Utusan Malaysia pagi ini mendapati Sekolah Tinggi Islam As Sofa di Jalan Bunga Tanjung 1/1, Senawang Industrial Park, Seremban sudah dikawal anggota polis dan Rela serta pintu masuk ke sekolah tersebut turut telah dipasang dengan tali keselamatan.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jumlah sebenar pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Senawang yang disahkan positif Covid-19 masih belum diketahui.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan bagaimanapun menafikan bilangannya seperti yang tular sejak malam semalam.

“Insiden itu memang betul tapi bilangan itu tidak betul, petang nanti pihak Ketua Pengarah Kesihatan akan berikan jumlah sebenar. Namun jumlah yang tular itu tidak betul.

“Kami minta masyarakat tidak panik, jumlah itu memang tidak betul, ia tidak tinggi begitu, tunggu pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tular sejak malam tadi mesej di aplikasi WhatsApp berhubung seramai 33 pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa dekat Jalan Bunga Tanjung 1/1, Senawang Industrial Park dekat sini yang dipercayai positif Covid-19.

Menerusi mesej tersebut, kesemua 33 pelajar berkenaan telah dibawa ke Hospital Rembau serta pusat kuarantin di Bandar Enstek, Nilai sejak malam tadi.

Kesemua mereka didapati positif selepas pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat ujian saringan kelmarin terhadap 84 pelajar yang mempunyai kontak rapat dengan seorang pelajar sekolah tersebut yang disahkan positif Covid-19, kelmarin.

Menurut mesej itu juga, PKD telah membuat saringan terhadap baki 75 pelajar semalam, namun keputusan masih belum diperoleh.

Turut tular semalam, video yang memaparkan sebuah bas dan beberapa buah van serta ambulans yang dipercayai digunakan untuk membawa pelajar yang positif Covid-19 tersebut ke Hospital Rembau.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah tersebut yang turut menempatkan asrama pelajar pagi ini mendapati, laluan masuk telah dikawal oleh pihak polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) selain sebuah pos kawalan sementara juga telah dibuka.

Sementara itu, Veerapan berkata, ketika ini, sekolah tersebut telah diarahkan tutup bagi dijalankan proses sanitasi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya