Bukan masa untuk berpolitik - peguam - Utusan Malaysia

Bukan masa untuk berpolitik – peguam

KENDERAAN membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdul Aziz setelah Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuantan, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Langkah mengisytiharkan darurat bagi membendung pandemik Covid 19 yang semakin meningkat adalah wajar.

Ini kerana menurut peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, kesihatan dan kehidupan rakyat adalah lebih utama berbanding perbalahan dan perbezaan politik yang berlaku sekarang.

Menjawab pertanyaan mengenai wujudnya pandangan bahawa darurat diisytiharkan bagi menjaga status quo kerajaan sekarang, peguam itu menjawab, tanggapan tersebut tidak sepatutnya timbul.

“Sekarang bukan masanya untuk berpolitik. Tetapi meletak kepentingan negara terutamanya rakyat dalam membendung penularan Covid-19,” tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, politiking yang berlaku sekarang tidak akan selesai dengan hanya mengadakan pilihan raya umum mahupun melalui pembubaran parlimen.

“Bagaimanapun, sekiranya darurat tidak diumumkan, akan berlaku ledakan kes yang lebih teruk sebagaimana yang berlaku selepas pilihan raya di Sabah,” ujarnya.

Jelasnya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat dan pengisytiharan itu tidak boleh dicabar kerana ia adalah kuasa mutlak baginda.

“Bagaimanapun, pengisytiharan itu boleh dibatalkan dengan mendapat persetujuan daripada kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hanya dengan persetujuan kedua-dua dewan ini, barulah pengisytiharan itu boleh dibatalkan,” katanya.

Menurut Firoz, selepas perintah darurat dikeluarkan, YDPA akan mentadbir negara selama enam bulan.

Dalam tempoh tersebut, YDPA mempunyai kuasa dalam menentukan atau mencorak perjalanan pentadbiran negara.

“Tiada mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membataskan cara bagaimana Yang di-Pertuan Agong boleh mentadbir negara. Semua terletak di tangan Seri Paduka.

“Seri Paduka boleh melantik kumpulan eksekutif sementara atau menggunakan eksekutif sedia ada sewaktu darurat. Semuanya terserah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.