Beli-belah secara online, elak pergerakan fizikal ke premis perniagaan - Utusan Malaysia

Beli-belah secara online, elak pergerakan fizikal ke premis perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat digalakkan membeli secara atas talian (online) bagi mengurangkan pergerakan fizikal ke premis perniagaan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lima negeri ketika ini.

Menjelaskan perkara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu makluman di laman web agensi itu berkata, semua penduduk tidak dibenarkan merentas daerah atau negeri kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti sakit atau pengurusan jenazah tetapi perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan asas tetapi terhad dalam kawasan daerah yang diduduki.

“Hanya pekerja sahaja dibenarkan merentas daerah yang mempunyai pas pekerja atau surat kebenaran majikan untuk bekerja dan menjalankan tugas. 

“Aktiviti sektor ekonomi dan industri dalam kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Hanya kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan boleh beroperasi termasuk merentas daerah atau negeri,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, MKN memberitahu, bagi pekerja di zon merah yang perlu ke tempat kerja, mereka mesti menjalani saringan dan ujian Covid-19 dan mendapatkan surat pelepasan perjalanan daripada majikan.

Katanya, susulan arahan bekerja dari rumah di kawasan PKPB, pekerja dan majikan dinasihatkan untuk merujuk Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sektor awam dan merujuk laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor swasta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya