Anak buaya gemparkan penduduk - Utusan Malaysia

Anak buaya gemparkan penduduk

PENDUDUK Taman Pulai Utama, Skudai di sini hari ini dikejutkan dengan kehadiran seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di hadapan sebuah rumah salah seorang penduduk kawasan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Para penduduk Taman Pulai Utama, Skudai di sini hari ini digemparkan dengan kehadiran seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di hadapan sebuah rumah penduduk.

Komander Operasi Bomba, Penguasa Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan hidupan liar itu itu pada pukul 7.22 pagi. 

Katanya, sejurus menerima laporan tersebut, dua tentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dengan kekuatan lapan orang anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba menemukan seekor anak buaya berukuran satu meter panjang dan berat dianggarkan lima kilogram. 

“Anak buaya itu berjaya ditangkap oleh pihak bomba dengan bantuan orang awam dalam tempoh kira-kira 10 minit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Reptilia tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Pelindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.