Al-Quran tulisan tangan 200 tahun koleksi terbaharu Galeri Waris Ulama Awla, Chenor - Utusan Malaysia

Al-Quran tulisan tangan 200 tahun koleksi terbaharu Galeri Waris Ulama Awla, Chenor

BARKATULLAH Mohd. Bahari menunjukkan al-Quran tulisan tangan milik ulama dikenali Lebai Din di Galeri Waris Ulama Awla Chenor hari ini.-UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Sebuah al-Quran tulisan tangan berusia lebih 200 tahun milik seorang ulama dikenali Lebai Din menjadi koleksi terbaharu Galeri Waris Ulama Awla Pondok Raudhah Al-Muhibbin atau Pondok Pok Kob, Kampung Pantai Chenor di sini.

Pembantu Mudir Madrasah Pak Kob, Barkatullah Mohd. Bahari, 38, berkata, al-Quran itu unik kerana penulisnya dicatat di muka hadapan kitab suci itu.

Menurutnya, menerusi catatannya, al-Quran itu mula ditulis pada 10 Muharam 1229 Hijrah dan siap sepenuhnya pada 10 Syawal, mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan ulama berkenaan.

“Al-Quran ini diamanahkan oleh warisnya dua minggu lalu untuk disimpan di Galeri Waris Ulama Awla Pondok Raudhah Al-Muhibbin sebagai khazanah nenek moyang dan untuk tatapan generasi baharu.

“Lebai Din adalah ulama terkenal sekitar tahun 1800 tinggal di Kampung Tebing Tinggi, Temerloh iaitu di zaman Pahang di bawah pengaruh Kesultanan Johor-Riau,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pondok Pondok Raudhah Al Muhibbin atau Pok Kob Kampung Pantai Chenor di sini hari ini.

Barkatullah berkata, Galeri Waris Ulama Awla Pondok Raudhah Al-Muhibbin juga menyimpan al-Quran tulisan tangan berusia lebih 300 tahun milik seorang walilullah anak tempatan Chenor.

Menurutnya, al-Quran berusia lebih 300 tahun milik ulama terkenal Pak Minhat itu ditemukan di Kampung Pantai, Chenor tahun lalu.

“Al-Quran yang ditulis sekitar tahun 1700 Hijrah diwariskan kepada keluarga ulama terkenal itu dan seterusnya diamanah kepada Pondok Raudhah Al-Muhibbin untuk memuliharanya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×