14 operator kilang terhidu asid hidroklorik - Utusan Malaysia

14 operator kilang terhidu asid hidroklorik

PASUKAN Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Pulau Pinang menjalankan kerja-kerja pengasingan dan pembersihan selepas asid hidroklorik tumpah ke lantai makmal sebuah kilang di Bayan Lepas, Georgetown semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Seramai 14 operator  kilang pembuatan produk kecantikan dan kebersihan diri di Kampung Jawa, Bayan Lepas di sini terpaksa mendapatkan rawatan selepas terhidu asid hidroklorik yang tumpah ke lantai makmal di sebuah kilang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kesemua mangsa terdiri daripada 13 wanita dan seorang lelaki dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Komander Operasi Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) negeri,  Muhamad Amin Mat Masli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.08 petang dan tiba ke lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati bekas yang mengandungi asid hidroklorik  berjumlah satu liter terjatuh ke lantai dan pecah di dalam sebuah bilik makmal.

“Seramai 13 mangsa dilaporkan terhidu asid tersebut manakala seorang lagi mangsa terkena percikan bahan kimia tersebut. Mereka dilaporkan tidak mengalami pening atau loya akibat kejadian itu.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa tersebut telah dibawa ke klinik berhampiran oleh pihak syarikat terbabit untuk rawatan lanjut dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Jelasnya, kerja-kerja pengasingan serta pembersihan telah dijalankan di lokasi kejadian dan operasi turut mendapat kerjasama pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya