Universiti tidak lagi dianggap ‘menara gading’ - PM - Utusan Malaysia

Universiti tidak lagi dianggap ‘menara gading’ – PM

MUHYIDDIN Yassin pada Majlis Perjumpaan bersama warga IPTA Sabah serta penyampaian Tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Dewan Chansellor Universiti Malaysia Sabah disini hari ini.-UTUSAN/ FAUZAN AZIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti tidak lagi boleh dianggap sebagai ‘menara gading’ yang membawa maksud eksklusif, megah dan terasing daripada masyarakat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya ia harus menjadi salah satu daripada komponen ekosistem masyarakat yang terbaik serta memberi pengukuhan kepada masyarakat setempat, negara bahkan dunia.

Beliau menjelaskan, walaupun pada prinsipnya, ahli akademik wajib menjalankan penyelidikan untuk meneroka ufuk ilmu dan membina kepakaran, namun masih banyak ruang dalam penyelidikan yang boleh dikembangkan untuk manfaat masyarakat awam. 

“Ahli akademik perlu mengubah corak pemikiran dari ‘ilmu untuk ilmu’ kepada ‘ilmu untuk masyarakat dan negara’. 

Dalam konteks ini, hala tuju penyelidikan perlu sejajar dengan cabaran dan mengupas persoalan yang dihadapi oleh komuniti setempat, bangsa dan masyarakat sejagat,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Warga IPT Sabah dan Penyampaian Tawaran Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional (TNB) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.