JERANTUT: Hukuman penjara dan denda terhadap mereka yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seolah-olah tidak cukup apabila masih ada yang terus melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Sehubungan itu, Pengerusi Alumni Majlis Belia Felda Wilayah Jengka, Datuk Nordin Wahid mencadangkan golongan penghina Yang di-Pertuan Agong dikenakan hukuman lebih berat dan ditarik balik taraf kewarganegaraan. “Rakyat yang cintakan kemakmuran dan kedamaian berasa sangat tidak selesa dengan sikap biadab segelintir rakyat yang terus menghina Yang di-Pertuan Agong dan pimpinan negara,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya