Penduduk Zon Melor harap Temco tidak dilanjut - Utusan Malaysia

Penduduk Zon Melor harap Temco tidak dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Penduduk Zon Melor di Ambangan Heights, Amanjaya di sini berharap  tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) yang berakhir Ahad ini tidak disambung.

Kebanyakan penduduk terutama mereka yang berniaga, menjadi buruh dan bekerja sendiri mendakwa hilang pendapatan apabila mereka tidak dapat keluar bekerja sejak 28 Ogos lalu.

Seorang peniaga, Muhammad Mujahid, 40, berkata, sumber pendapatannya hilang apabila tidak dapat berniaga di pasar-pasar malam selama sebulan berikutan Temco.

Katanya, dia tidak mempunyai pendapatan lain untuk menyara keluarga dan bimbang sekiranya tempoh Temco di zon ini dilanjutkan.

“Saya mengharapkan kerajaan membuat kajian secara menyeluruh termasuk kesusahan yang dialami penduduk khususnya bekerja sendiri,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Temco dilaksanakan di Zon Melor, Mawar dan Kenanga dari 28 Ogos hingga 13 September lalu.

Zon Mawar dan Kenanga ditamatkan tempoh Temco pada tarikh ditetapkan itu, namun di Zon Melor dilanjutkan sehingga 27 September ini berikutan banyak kes baharu positif Covid-19 di kawasan itu.

Sementara itu, Mohd. Fachan Raflan, 35, berkata, dia yang berniaga secara dalam talian mengalami kerugian besar apabila gagal memenuhi permintaan pelanggan kerana  tidak dapat keluar rumah hampir sebulan lalu.

“Saya bimbang sekiranya tempoh Temco dalam masa yang panjang boleh membebankan kehidupan penduduk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Umi Kalsom Ahmad, 57, berkata, walaupun pelbagai bantuan termasuk barangan keperluan harian dan makanan diagihkan kepada penduduk namun pelbagai kesusahan yang dihadapi oleh penghuninya.

“Tempoh Temco selama empat minggu di kawasan ini memeritkan penduduk dan diharapkan tidak disambung lagi,” ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya