Lelaki Rohingya ditahan cuba samun peniaga warga emas - Utusan Malaysia

Lelaki Rohingya ditahan cuba samun peniaga warga emas

LELAKI warga Rohingya (tengah) yang ditahan kerana cuba menyamun seorang peniaga warga emas di Pasar Borong Jalan Meru, Klang pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cubaan seorang lelaki warga Rohingya melakukan samun terhadap seorang peniaga warga emas di Pasar Borong Jalan Meru tidak kesampaian apabila dia ditahan orang awam.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas peniaga wanita berusia 72 tahun itu bertindak menjerit meminta pertolongan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi apabila mangsa dalam perjalanan untuk menjalankan perniagaan di pasar borong berkenaan.

“Suspek telah datang dari arah belakang dan cuba menyerang mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek telah menjerit dengan kuat. Jeritan yang didengari orang awam telah menyelamatkannya.

“Orang awam telah membantu dan bertindak menahan suspek. Pemeriksaan dilakukan terhadap suspek menemukan sebilah pisau sepanjang sembilan sentimeter di dalam beg yang dipakai oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Nurulhuda, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian. 

“Suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya