JKM kesan waris kanak-kanak  - Utusan Malaysia

JKM kesan waris kanak-kanak 

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Timur Laut sedang mengesan waris kanak-kanak lelaki yang dijumpai merayau-rayau di kawasan berhampiran jeti Weld Quay, Pulau Pinang pada Jun 2011.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Timur Laut mencari waris seorang kanak-kanak lelaki yang dijumpai merayau-rayau di kawasan berhampiran jeti Weld Quay, di sini pada Jun 2011. 

Menurut kenyataan JKM Daerah Timur Laut, kanak-kanak berkenaan dianggarkan berusia enam tahun ketika dijumpai.

“Memandangkan pada ketika itu tiada ahli keluarga atau waris yang tampil untuk menuntut kanak- kanak ini, Mahkamah Kanak-Kanak Georgetown telah memerintahkan agar kanak-kanak tersebut diletakkan dalam jagaan JKM.

“Kanak-kanak ini telah sembilan tahun berada di dalam jagaan JKM,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak yang dikenali sebagai Nazir itu diminta berhubung dengan Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut dengan kadar segera di talian 04-2264531 atau  04-2277412. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya