Jangan sembunyikan penyalahgunaan dadah - Utusan Malaysia

Jangan sembunyikan penyalahgunaan dadah

PENYALAHGUNAAN dadah dalam kalangan pelajar sekolah tidak harus disembunyikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua sekolah di negeri ini digesa tidak menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah yang membabitkan pelajar daripada pihak berwajib. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, perkara itu amat penting bagi memastikan agar penyalahgunaan dadah oleh pelajar dapat dikekang sepenuhnya.

“Siasatan ini kita buat secara dalaman, kita pun akan rahsiakan sekolah terlibat dan tidak diuar-uarkan kepada umum. 

“Apa yang penting adalah penyelesaian terhadap masalah ini dan pendekatan diguna lebih kepada mendidik, bukannya menghukum,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada dalam sidang akhbar selepas menghadiri Pertandingan Blok Tercantik Sempena Kempen Bulan Kemerdekaan ke-63 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara di sini hari ini. 

Mazlan sebelum ini mendedahkan terdapat 177 pelajar sekolah menengah dikesan terlibat dengan gejala penagihan dadah di negeri ini.

Ia diperolehi menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap 10,132 pelajar di 280 buah sekolah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Tambah Mazlan, pihaknya berharap agar gejala penagihan dadah dalam kalangan pelajar dapat dibanteras sepenuhnya di bawah pimpinan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. 

Ujarnya lagi, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan bekerjasama dengan polis berhubung gejala penagihan dadah pelajar sekolah menengah di negeri ini.

“Kita alu-alukan siasatan oleh pihak polis dalam kes ini, tiada masalah. Tetapi pendekatan kita (JPN Johor) berbeza dengan polis. 

“Kita lebih kepada usaha mendidik, maknanya bila terlibat bukan kita hukum tetapi halang daripada bertambah teruk. Perspektif polis berbeza, mereka nak banteras dari mana pembekalan dadah, itu bidang kuasa mereka dan kita tidak halang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.