BN ingatkan sekutu jangan "over confident" - Utusan Malaysia

BN ingatkan sekutu jangan “over confident”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) memberi peringatan kepada rakan sekutu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya tidak terlalu yakin untuk menang sehingga menjadikan isu calon ketua menteri sebagai taruhan modal berkempen.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perasaan “over confident” hanya akan memakan diri yang mana membuatkan rakyat berasa jelik lalu menolak GRS.

Ahmad Zahid menegaskan, apa yang penting buat masa kini adalah berusaha untuk menyeberangi garisan merah iaitu memperoleh 37 kerusi dewan undangan negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Ertinya bila kita sudah dapat 37 kerusi baru lah kita layak membentuk kerajaan negeri yang baru. Dalam hal ini jangan terlalu yakin, rakyat melihat. Kalau kita terlalu yakin menang rakyat akan tolak kita.

“Yang penting kita dapat kemenangan dahulu. Selepas itu kita berunding dengan sebaik-baiknya. Jangan masuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh politik,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra di DUN Tanjung Keramat, Putatan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan calon Perikatan Nasional (PN) DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor merupakan calon terbaik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hari penamaan calon Sabtu lalu sedikit kecoh apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengumumkan Hajiji sebagai calon ketua menteri daripada PN andai GRS berjaya menawan Sabah.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi negatif terutama daripada pemimpin BN yang sedikit terusik dengan kenyataan berkenaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.