Wan Ahmad Fayshal Ketua Armada baharu - Utusan Malaysia

Wan Ahmad Fayshal Ketua Armada baharu

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Beliau menewaskan pesaing tunggalnya, Muzzammil Ismail dalam pemilihan sayap parti itu.

Keputusan berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan hari ini.

Jawatan naib ketua pula dimenangi Ceasar Mandela Malakun yang menewaskan empat calon lain iaitu Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq A Aziz.

Dalam pada itu Syed Hamid turut berkata, seramai 9,496 perwakilan mengundi dalam persidangan bahagian Armada Bersatu yang diadakan di seluruh negara secara serentak semalam.

“Daripada 173 bahagian Armada Bersatu yang layak bersidang semalam, 164 bahagian mengadakan persidangan manakala sembilan lagi gagal kerana ketiadaan korum,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.