Timbang pembukaan sempadan Malaysia-Singapura  - Utusan Malaysia

Timbang pembukaan sempadan Malaysia-Singapura 

R. Vidyananthan (dua dari kanan) hadir menyempurnakan majlis Sambutan Hari Kebangsaan di kediaman Ikon Merdeka Jabatan Penerangan Johor Bahru, M. Kandapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berharap pembukaan sempadan Malaysia-Singapura secara sepenuhnya diberi pertimbangan susulan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, hal ini kerana senario di negeri ini berbeza dengan negeri lain.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berharap sempadan antara Malaysia dan Singapura itu dapat dibuka secepat mungkin bagi memulihkan sektor ekonomi Johor.

“Namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati dengan mengambil kira aspek kesihatan awam. 

“Dalam masa sama, kita berharap pertimbangan turut diberi melibatkan pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Kebangsaan di kediaman Ikon Merdeka Jabatan Penerangan Johor Bahru, M. Kandapan di sini hari ini. 

Tambah Vidyananthan lagi, pembukaan sempadan yang dilakukan secara berperingkat menerusi fasa pertama dan kedua pada masa kini berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang masalah berkaitan penularan Covid-19. 

“Pembukaan sempadan menerusi skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) setakat ini berjalan lancar. 

“Sekiranya ada perubahan atau pembaharuan polisi membabitkan perkara ini, kita akan tunggu arahan daripada peringkat pusat,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Vidyananthan menambah, kerajaan negeri bersedia melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan pelanjutan tempoh PKPP oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya