Terharu terima kunjungan Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Terharu terima kunjungan Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin  Putra Jamalullail singgah menyampaikan bantuan di rumah seorang warga emas di Kampung Alor Redis, Kangar Perlis di Kangar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang warga emas dari Kampung Alor Redis di sini yang terjejas akibat ribut baru-baru ini terharu mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang tampil menghulurkan bantuan.

Lebih istimewa, bantuan zakat tersebut disampaikan sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Osman Hamzah, 80, ketika singgah di rumah warga emas tersebut sempena program Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke-33 di sini, hari ini.

Kayuhan sejauh 12 kilometer itu bermula dan berakhir di pekarangan Kolej Jururawat Masyarakat Perlis di Padang Behor, di sini.

Baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri ini.

Kata Osman, dia bersyukur menerima bantuan zakat MAIPs sekali gus dapat meringankan bebannya.

“Dalam tempoh sehari selepas permohonan dihantar, MAIPs telah meluluskan serta-merta,” katanya.

Selain itu, baginda turut menyantuni dan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada dua keluarga asnaf lain sepanjang kayuhan tersebut.

Baginda turut berkenan singgah dan menyaksikan demonstrasi seni mempertahankan diri masyarakat Siam di Saiprawat Muay Thai Gym di Kampung Telok Eja, Utan Aji di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya