Sultan Johor terima menghadap Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Sultan Johor terima menghadap Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada hari ini.

Menerusi hantaran baharu Facebook Sultan Ibrahim, ketibaan Muhyiddin dan Noorainee di Istana Bukit Serene di sini pada pukul 9.30 pagi disambut Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. 

Mengiringi bersama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Muhyiddin dalam rangka lawatan rasminya ke negeri ini selama dua hari bermula hari ini.

Selepas menghadap Sultan Ibrahim, Muhyiddin menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri di Hotel Thistle Johor Bahru pada 10.30 pagi.

Aktiviti beliau hari ini diteruskan dengan Sambutan Hari Belia Negara 2020 pada pukul 3 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan kemudian menyertai aktiviti walkabout di B5 Street Market, Tampoi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya