Pesara Paip dituduh terima rasuah RM24,000 - Utusan Malaysia

Pesara Paip dituduh terima rasuah RM24,000

NAZERI Hussain (kiri) menghadapi empat pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pesara berusia 61 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukannya pada 2018.

Nazeri Hussain didakwa melakukan pertuduhan itu ketika berkhidmat sebagai Penolong Operasi Bahagian Agihan Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) antara Julai hingga Ogos 2018.

Bagi pertuduhan pertama, Nazeri dituduh menerima rasuah wang tunai RM2,000 daripada Pengarah Wawasan Vista Engineering Sdn. Bhd., Chong Wei Peng di sekitar daerah ini melalui serahan tangan pada 11 Julai 2018.

Pertuduhan kedua pula, dia dituduh menerima RM2,000 melalui serahan tangan daripada individu sama di sekitar daerah ini pada 12 Julai 2018.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Nazeri didakwa menerima masing-masing RM10,000 juga daripada individu sama pada 24 Julai 2018 dan 21 Ogos 2018 melalui serahan tangan. 

Bagi semua pertuduhan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sejurus pertuduhan dibacakan, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM), Nadzirah Zahari menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh.

Peguam Datuk Zaharman Zainal Abidin bagaimanapun merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin kerana tertuduh mempunyai tanggungan iaitu isteri dan anak berusia 21 tahun yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 7 September ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya