JKM Perlis sedia tambah bantuan makanan - Utusan Malaysia

JKM Perlis sedia tambah bantuan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bersedia untuk menyalurkan tambahan bantuan makanan ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Kuala Sanglang.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Che Ahmad Che Noor berkata, pihaknya akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kesihatan sekiranya memerlukan penambahan barangan makanan kepada penduduk.

“Pada hari ini, kami bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan sukarelawan telah menghantar sebanyak 75 bungkusan makanan.

“Fokus kami hari ini adalah menghantar bantuan makanan kepada Kampung Tanah Timbul. Esok kami akan menyambung lagi kerja mengagihkan barangan makanan mengikut keperluan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Che Ahmad berkata, pihaknya bersama sukarelawan dan MAIPs akan terus memberi bantuan terutamanya kepada dua buah kampung yang terlibat dengan Temco ini.

“Kami nasihatkan kepada penduduk di kedua-dua buah kampung tersebut untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya