Hanya imbas suhu di dahi - Noor Hisham - Utusan Malaysia

Hanya imbas suhu di dahi – Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengimbasan suhu badan selain di dahi adalah diragui, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menasihati pemilik perniagaan untuk mengimbas suhu pelanggan di dahi kerana bacaannya lebih tepat.

“Kita tidak nasihatkan (pemilik perniagaan) mengambil suhu di tangan dan sebagainya. Kementerian telah mengeluarkan kenyataan menyarankan pemilik perniagaan agar patuh kepada penggunaan termometer seperti yang disyorkan,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.

Kata Noor Hisham, walaupun sebelum ini tular berkaitan kesan sampingan dari penggunaan termometer inframerah, namun tiada kajian yang boleh menyebabkan penyakit.

“Walaupun ada kebimbangan tetapi tiada laporan dan tiada data statistik yang boleh menyebabkan penyakit,” jelasnya.

Sebelum ini kecoh di laman sosial kononnya terdapat kesan sampingan daripada penggunaan termometer seperti menyebabkan kecederaan kepada otak dan lebih spesifik kelenjar pineal.

Dalam perkembangan lain, katanya, kementerian akan membangunkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan 1.2 juta bakal pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita akan keluarkan SOP tetapi yang penting adalah kepatuhan terhadap SOP tersebut.

“Kita akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk melaksanakan SOP tersebut dan pastikan ada kepatuhan daripada orang ramai,” ujarnya.

Kata Noor Hisham, pihaknya akan menambah nilai SOP sedia ada bagi memastikan ia menepati perkembangan isu Covid-19 terkini.

“Seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini kita telah jalankan (SOP) dan kita berpuas hati. Mungkin boleh ditambah dan akan lihat kepada SOP yang terkini termasuk di PRK Slim,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya