Enam kes baharu Sivagangga dikesan - Utusan Malaysia

Enam kes baharu Sivagangga dikesan

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak enam kes baharu dikesan dalam kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga hari ini melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, satu daripada enam kes baharu itu iaitu kes ke 9,302 mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarganya yang pernah mengunjungi kedai makan dijangkiti di bawah kluster tersebut.

Katanya, pesakit kes terbaharu itu mula mengalami gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos lalu.

“Pesakit kes kemudian dikesan positif Covid-19 pada 5 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

“Ahli keluarga tersebut tdisaring untuk Covid-19 dan masih menunggu keputusan,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Lima kes baharu selebihnya pula terdiri daripada satu keluarga iaitu kes ke 9,033 hingga 9,037.

Noor Hisham berkata, mereka mempunyai sejarah mengunjungi ke salah satu kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran Kedah.

“Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan. Punca jangkitan dalam keluarga tersebut masih dalam siasatan.

“Keenam-enam kes ini merupakan kes generasi kedua dalam Kluster PUI Sivagangga. Saringan kontak rapat kes-kes positif ini dan pengesanan kes aktif diteruskan,” katanya.

Kementerian turut memaklumkan daripada siasatan yang dijalankan ke atas kes ke-9,023 dari Kulim, seramai 15 kontak rapat beliau dikenal pasti dan disaring.

Punca jangkitan kes itu masih di dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya