53 dikompaun di Lumut - Utusan Malaysia

53 dikompaun di Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seramai 50 pelanggan dan tiga pemilik premis dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah restoran di Sitiawan, dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Chong Boo Khim berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun kepada mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 13 wanita berusia antara 15 tahun hingga 32 tahun.

Katanya, polis turut menahan seorang lelaki kerana cuba menghalang tugasan pihaknya dalam serbuan itu.

“Kegagalan mematuhi SOP iaitu aktiviti dalam restoran tersebut dihadiri ramai orang sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal.

“Selain itu didapati tidak mengambil langkah pencegahan di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO 7) 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan Pasukan Petugas Khas Pematuhan PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hasil maklumat orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya