Zahid, Najib harus berkorban demi UMNO, Melayu - Ku Li - Utusan Malaysia

Zahid, Najib harus berkorban demi UMNO, Melayu – Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mahu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pengorbanan dengan ‘memberi jalan kepada orang lain’ demi kasih mereka kepada orang Melayu dan masa depan UMNO.

Kata pemimpin veteran parti itu, pengorbanan mesti dilakukan oleh presiden UMNO dan pengerusi lembaga penasihat Barisan Nasional (BN) tersebut yang dilihat bersifat `cacat’ dari segi pandangan rakyat.

“Saya tak tahulah bagaimana…sama ada dia (Ahmad Zahid dan Najib) mahu bertanding atau tidak, tetapi pengorbanan itu mesti dilakukan kalau mereka sayang kepada rakyat Melayu sebagaimana didakwa dan dilaung-laungkan mereka dalam UMNO.

“Mesti beri keutamaan kepada kepentingan parti. Kalau tidak, kita (UMNO) tidak ke mana. Pengorbanan itu penting, dalam agama pun dituntut kepada pengorbanan, dalam masyarakat kita pun ada pengorbanan.

“Sekejap sahaja, satu penggal lima tahun,” kata beliau dalam satu wawancara eksklusif disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Ditanya apa bentuk `pengorbanan’ yang dimaksudkannya, pemimpin veteran UMNO itu yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata:
“Beri jalan kepada orang lainlah.”

Ahmad Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan di mahkamah dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 kes berkaitan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Najib pula berdepan tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri itu disabitkan atau dibebaskan daripada tuduhan berkenaan akan ditentukan 28 Julai ini.
– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya