Masih ramai degil buat saringan kedua - Utusan Malaysia

Masih ramai degil buat saringan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 400 individu yang sedang menjalani kuarantin masih berdegil melakukan ujian saringan kedua Covid-19 walaupun mereka telah diberikan peringatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tidak perlu menyerah diri sebaliknya melakukan pemeriksaan di Pejabat Kesihatan berhampiran untuk mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Pada peringkat awal, terdapat 1,400 individu tidak melakukan ujian saringan kedua, tetapi setelah diingatkan jumlah mencatat penurunan kira-kira 400.

“Ujian saringan kedua penting kerana tidak semuanya negatif kerana ada keputusan yang menunjukkan positif,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun peratusan positif itu kecil tetapi penting dalam menghentikan rantaian Covid-19.

Jika tidak dibuat saringan katanya, ia bakal mengundang bahaya kepada umum terutama keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, mereka yang sedang menjalani kuarantin dinasihatkan agar kekal berada di rumah bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.

“Mereka yang sedang dikuarantin, perlu kekal berada di rumah.

“Sekiranya keluar dengan memakai gelang tangan kuarantin, mereka berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya