Kluster Najib: PKP mungkin dilaksanakan kembali - Utusan Malaysia

Kluster Najib: PKP mungkin dilaksanakan kembali

DR. Noor Hisham Abdullah menandatangani buku komik `Pergi Covid-19!' pada Majlis Sesi Libat Urus Media bersama Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan kembali dilaksanakan dalam tempoh dua minggu lagi  sekiranya terdapat penambahan kes positif harian Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan tiada pilihan melainkan menguat kuasakan semula PKP seperti yang dilakukan pada awal penularan wabak berkenaan bagi memutuskan rangkaian pandemik tersebut.

Katanya, tindakan tersebut perlu dilakukan ekoran rakyat sudah mula mengambil ringan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti berkumpul di pekarangan mahkamah.

“Tindakan akan diambil sekiranya terdapat  kes yang hadir ke hospital dalam tempoh 14 hari ini.

“Inilah yang menjadi kebimbangan kita sekiranya wujud kluster baharu, justeru langkah pencegahan perlu diambil sama ada untuk laksanakan semula PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan penjarakan sosial ketika berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Beliau turut melahirkan kebimbangan dan rasa kecewa di ciapan Twitter peribadinya: “Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.” 

Tambah Noor Hisham, sekiranya terdapat kes daripada perhimpunan tersebut, maka langkah mengenal pasti kontak rapat akan dilaksanakan serta-merta.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap rakyat bertanggungjawab dan berdisiplin ketika menikmati keseronokan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini.

“Tindakan memutuskan rangkaian wabak ini bukan sahaja terletak di tangan kementerian sebaliknya  rakyat juga perlu bersama-sama menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi SOP,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya