LOS ANGELES: Penyanyi bertaraf legenda, Rod Stewart membatalkan dua persembahan di Las Vegas baru-baru ini.
Page Six melaporkan Rod, 81, berbuat demikian atas nasihat doktor peribadinya gara-gara jangkitan sinus.
“Susulan nasihat doktor, Rod Stewart membatalkan dua persembahan di Collosseum di Caesars Pallace pada 29 dan 30 Mei tapi akan kembali dengan persembahan bermula 2 Jun ini,” kata wakil dalam kenyataan.
Sementara itu, Rod dalam kenyataan berasingan memohon maaf kepada peminat susulan pembatalan tersebut.
“Saya dalam fasa merehatkan vokal selepas dijangkiti jangkitan sinus. Jumpa anda pada persembahan yang akan datang,” katanya. – UTUSAN










