Kes naik mendadak jika bacaan R naught capai lebih 1.6 - Utusan Malaysia

Kes naik mendadak jika bacaan R naught capai lebih 1.6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran bahawa  kebolehjangkitan kes Covid-19 boleh berlaku secara mendadak dalam masa terdekat sekiranya kadar kebolehjangkitan atau Rnaught mencapai nilai lebih 1.6.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu menyebabkan kebolehjangkitan kes pada 9 Julai lalu pada kadar 63 kes dan meningkat kepada 143 kes hari ini.

Katanya,  sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kadar kebolehjangkitan berada pada tahap 3.55 yang bermakna seorang akan menjangkiti 3.55 orang.

“Sejak pelaksanaan PKP hingga Peirntah Kawalan Pergerakan Bersyarat contohnya, kita dapat mengurangkan jumlah itu  kepada kurang daripada 0.3. Ini bermakna  kita dalam fasa pemulihan  sehingga berjaya mencatat  satu angka kes dan  mencapai sifar kes bagi tiga hari berturut-turut.

“Namun, setelah kita saksikan pertambahan kes baharu sejak kebelakangan ini, kebolehjangkitan setakat 9 Julai menjadi 63 kes dan hari ini angka berganda sebanyak 143 kes.

“Kita bimbang jika bacaan Rnaught mencapai lebih 1.6. Ini bererti  kita akan mendapat peningkatan kes secara mendadak  dalam tempoh masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar harian perkembangan terkini Covid-19.

Justeru,  beliau merayu agar rakyat  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam yang mensyaratkan tiga perkara iaitu pemakaian litupan muka, penjarakan sosial satu meter dan pencucian tangan lebih kerap menggunakan sabun atau sanitizer. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya