Kenapa Najib bersalah - Utusan Malaysia

Kenapa Najib bersalah

Najib Tun Razak ketika sidang akhbar selepas disabitkan bersalah atas kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram dana SRC International bernilai RM42 juta di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 28 Julai. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hakim Mah­kamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali ketika menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 72 tahun dan denda RM210 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak dapat diterima akal bekas Perdana Menteri itu langsung tidak mengambil tindakan atau inisiatif bagi me­ngetahui punca sebenar dana yang diterima.

Berikut sebahagian hujah Mohd. Nazlan kenapa Najib di­sabitkan kesalahan atas tiga pertuduhan pecah amanah, ti­ga tuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd:

Kenyataan media bekas Pe­guam Negara, Tan Sri Mohamed Apan­­­di Ali tidak boleh diterima kerana ketika disoal balas, beliau mengakui tidak tahu me­ngenai siasatan lanjut yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pen­­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pihak pembelaan gagal me­nunjukkan Najib cuba me­nye­lesaikan ‘masalah’ yang timbul ekoran derma RM42 juta itu.

Pihak pem­belaan gagal me­matah­kan anggapan mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia berdasarkan imbangan kebarangkalian atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Pertuduhan pecah amanah

Terdapat bukti Najib mengetahui mengenai akaun peribadinya yang didakwa dikawal oleh Jho Low, Nik Faisal dan Joanna Yu ekoran terdapat komunikasi antara tertuduh dan ketiga-tiga individu itu berhubung baki akaun

Pada mulanya mendakwa tandatangan dipalsukan tetapi pihak pembelaan tidak pernah memanggil pakar untuk menyokong keterangan walaupun dibenarkan untuk berbuat demikian.

Tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Raja Abdullah akan memberikan sokongan dalam bentuk wang ringgit melalui derma yang didakwa diterima dari Arab Saudi.

Walaupun timbul kontroversi mengenai derma RM42 juta, Najib tidak pernah mengambil sebarang tindakan untuk mengesahkan mengenai derma tersebut sebaliknya menerima bulat-bulat apa diperkatakan oleh Jho Low.

Tiada sebarang bukti pembelaan yang menunjukkan bahawa Najib mengesahkan (acknowledge) penerimaan derma atau pun sebarang surat mengucapkan `terima kasih’ kepada Raja Abdullah terhadap derma yang diterima.

“All roads lead to Rome. In this case, it leads to Riyadh.” (Semua jalan menuju ke Rome. Dalam kes ini, ia menuju ke Riyad).”

Anggapan bahawa RM42 juta adalah derma kerabat diraja Arab tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Secara keseluruhannya, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan tertuduh telah menggunakan dana tersebut untuk kegunaan peribadi.”

Pengubahan Wang Haram

Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah.”

Rumusan

“Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan, saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes me­langkaui keraguan munasabah bagi tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pe­ngubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah. Oleh itu saya mensabitkan tertuduh bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan.”

Mohd. Nazlan telah meno­lak hujah pembelaan berhubung pin­jaman RM4 billion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kepada SRC, derma dari negara Arab, dan pe­ranan Jho Low.

Ketika menjatuhkan hukuman pada pukul 6.31 petang, Mohd. Nazlan juga menetapkan hukuman penjara tamba­han lima tahun jika bekas per­dana menteri itu gagal mem­bayar denda RM210 juta.

Mohd. Nazlan membenarkan hukuman penjara dan den­da ditangguhkan sehingga rayuan difailkan tertuduh ma­nakala jumlah jaminan dinaikkan RM1 juta selain tertuduh harus melaporkan diri di balai polis terdekat dua kali sebulan.

Perbicaraan semalam bermula pukul 10 pagi de­ngan Mohd. Nazlan membacakan peng­hakimannya selama dua jam sebelum menjatuhkan hu­kuman, rayuan pembelaan dan penangguhan pelaksanaan sebelum mahkamah bersurai kira-kira pukul 7.40 malam.

Najib yang menyambut hari jadi ke 67 tahun minggu lalu, masih berhadapan empat perbicaraan dan 35 pertuduhan membabitkan syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). SRC sebelum ini adalah anak syarikat 1MDB.

Anak sulung kepada perdana menteri kedua yang berpakaian suit dan bertali leher itu kelihatan muram dan letih selepas melalui proses penghakiman yang berlangsung lebih sembilan jam semalam.

Ketika melakukan pembe­laan dari kandang pesalah, Na­jib bersumpah dia tidak me­minta, merancang atau ditawarkan wang RM42 juta itu.

Mohd. Nazlan ketika me­ngaitkan Jho Low, Datuk Azlin Alias dan bekas pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil berkata: “Nik Faisal dan Jho Low duduh selesa dengan tertuduh. Ini tidak dapat dipertikaikan.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.