Guan Eng beri keterangan kali ke-3 di SPRM - Utusan Malaysia

Guan Eng beri keterangan kali ke-3 di SPRM

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir buat kali ketiga ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung isu projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion. 

Beliau tiba ke pekarangan bangunan itu pada pukul 10.40 pagi bersama peguam yang juga Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Kali pertama Guan Eng diminta memberi keterangan Jumaat lalu dan mendakwa masih dalam cuti sakit. Kali kedua pula semalam, Guan Eng tiba lewat kira-kira tiga jam ke bangunan SPRM kerana mendakwa tayar kenderaan pelbagai gunanya (MPV) pancit di Simpang Pulai, Perak. 

Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan bagi projek berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada 3 Julai lalu berkata, pihaknya dalam fasa akhir menyiapkan siasatan projek itu.

Kertas siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. –UTUSAN ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.